Sunday, August 23, 2009

Goodbye~

Salam Ramadhan.

Saya akan pulang ke DQ.

Meneruskan pengajian saya, silibus semester ini 12 Juz. Dalam masa lima bulan.

Batch lepas ramai kecundang semester ini, sebab silibus banyak dan agak kritikal dari segi program dan lain-lain. Al-Quran, memang payah untuk dipahat di dada. Memang saya faham mukjizat sepanjang zaman ini bukan senang untuk INGAT, mungkin senang diHAFAL.

Oleh itu, doa agar saya terus thabat dalam mengingat Al-Quran, mengamalkan dan menghayati.

Doa agar saya sempat habiskan dalam masa yang ditetapkan dan mengulang secara istiqamah.

Saya akan pulang untuk Iftar dan Raya. Terkilan, tak dapat iktikaf UIA. Di situ baru konsep Satu Malaysia tulen. Ramadhan hidup.

Jadi, bergembira dengan pesta ibadah bulan ini.

Kaut sebaik-baiknya fadhilat, tingkatkan taqwa. Manfaatkan, tahun depan belum tentu jumpa.

Siapa yang masih dengan family, hargai family anda. Berbuka sepuas-puasnya dengan mereka. Jangan bila dah rasa jauh, baru nak rasa kehilangan. Nikmati sepuas-puasnya dan bersyukur. Family first.

Salam.

3 comments:

  1. ~dia~
    oh.gud luck yo'.
    aku tahu kau punya cinta!
    pada agungnya JIHAD.
    pada mulianya AL-QUR'AN.
    pada mahalnya THABAT.
    SEMOGA KAU TERGOLONGAN DI KALANGAN HAFIZ-HAFIZAH.
    pendokong negara.
    ameeeeeeeeeeeeen..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.