Friday, August 14, 2009

Darul Quran Cuti!

Salam.

Darul Quran cuti, seminggu. Sebab H1N1.
Sebenarnya, setahu ana, tak ada siapa yang kena. Cuma, sebab ramai sangat demam, sebagai langkah berjaga-jaga. Paling teruk Denggi. Alhamdulillah la tak ada siapa yang kena. Kelmarin, ustaz panggil siapa yang demam ustaz nak bawa pergi hospital dengan Jip. Alih-alih, banyak semacam pula, terus ustaz call bas DQ datang. Terus pergi hospital lepas itu.

Nak cerita, semalam dapat tahu yang ayah ana demam. Pergh, memang risau habis. Petang bila dapat tahu berita tu, risau semacam. Nak hafal Quran pun tak masuk sangat. Mula-mula tak sedar la, cuma bila tengah menghafal duduk risau pada beliau je lah. Tak tahu kenapa tak boleh control. Ingatkan sekejap je, rupa-rupanya melarat. Average menghafal satu muka setengah jam, lagi 15 minit bagi lancar. INI, dari lepas asar, hingga maghrib, hingga isya hingga 10.30 malam, DAPAT DUA MUKA JE! Memang tak keruan betul. Ustaz pulak pergi umum cuti lambat, bagi ceramah dulu, belok-belok sikit baru umum. Dah lewat malam dah.

Mengantuk, tapi sebab esok nak hantar lima muka pada ustaz, terus gagahkan diri. Minum kopi Radix dua paket. Menghafal sampai subuh. Tambah dua muka je. Overall 4 muka. Bila subuh, dah mula mengantuk sikit. Tambah lagi semuka. Bila kelas tasmi', mengantuknya Tuhan je yang tahu. Badan lain macam je rasa. Bila tasmi', alhamdulillah lancar. Sebelum tasmi' tak lancar, bila tasmi' Allah tolong. Lancar macam biasa. Alhamdulillah. Bila fikir-fikir balik, segan kat diri. Kita ini dah besar panjang, risau kat baba yang tengah demam, macam beliau tak boleh jaga diri pula. Hehe, apa-apa pun, risau anak pada bapa, dibalas dengan kelancaran di kelas tasmi'.

Ada lagi perkara menarik, bila di Masjid DQ. Open setiap masa. Time tengah menghafal yang lain dah tidur di mana-mana dalam masjid. Macam-macam ada. Paling menarik bila macam lebih kurang pukul 3 pagi, tiba-tiba kupu-kupu cantik, ada tiga ekor terbang atas kepala ana sebelum 'landing' keliling ana. Macam tengok ana baca Quran. Bahagia pula rasa. Ada yang tiba-tiba nampak sekilas lembaga macam naik turun tangga. Heh, bese la tu. Ujian. Bunyi tak payah cerita la, macam-macam. Yang peliknya, time ni juga kita punya deria nak sensitive melebih-lebih. Time siang macam ala-ala tuli dan buta pula, time genting ni la mata meliar. Hehe, ingat malam, ingat night walk. Ingat night walk, ingat Akmal. Dia berkata sambil merayu "Bang, tolong bang, saya takut la jalan malam-malam. Saya aktif siang je, malam saya tak aktif". Hehe. Best pula bila ingat balik.

Jadi, cuti seminggu. Esok dan lusa FCR phase 2, yang lain tak ada plan lagi.



Ini lah masjid Darul Quran. Cantik? Marilah melawat.

4 comments:

  1. (merenung gambar sambil menggenggam tangan) ..... Insyaallah tidak lama lagi

    ReplyDelete
  2. insya allah.
    2 oktober nanti ana datang..
    pagi b4 jamuan raya..
    ana mintk cg alia arrangekn..insya allah, doa2 byk2

    ReplyDelete
  3. Gmbr masjid DQ tu betul2 ada rainbow atau di edit?
    Sangat cantik! Subhanallah~

    ReplyDelete
  4. Ana pun tak tahu.
    tapi, di masjid DQ, senang sangat nmpk pelangi depan tasik tu. I actually seen phujung pelangi. Amat mudah. Tunggu hujan je. ya, cantik. di KKB. Kuala kubu bharu=Kiri Kanan Bukit

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.