Friday, July 31, 2009

Journey to the PC Fair!

Salam.

Ana dah edit bahagian comment, sila lah. Insya Allah dah OK.
Nak cerita semalam, pergi PC Fair. Macam-macam berlaku. Penat bangat malam tu.

Pada awal rancangan, kemas punya plan. Kami nak bertolak awal, sebelum kelas habis. Tapi minta izin ust la. Sebab masing-masing nak solat jumaat di tempat yang diingini. Ana dan dua orang kawan ana, namely Hamdi dan Irsyad. Kami pun pergi sampai kat depan kedai lesen Hamdi berhenti amik lesen baru buat. Kemudian sampai di pekan, drop seorang lagi rakan yang nak balik Perak. Kemudian, Hamdi dan Irsyad pergi bank, hebat. Tengok jam. Adoyai, sudah lambat la. Terfikir jugak, naya la kalau depa dok wat kedai kopi depan bank. Resah betul! Sampai saja di KTM punya stesen. Nampak benda besar bergerak. Agak kebiru-biruan. Oh, tidak!!! Tren dah bertolak. Kecewa betul. Tapi tak apa, ada lah hikmah dia. Itu yang pasti. It is godly affairs. Kita merancang, Tuhan menentukan. Sebab time tu tak makan lagi, abang prebet tu bagi free bawak kami pergi beli makanan.

Akhirnya, setelah menunggu tren sampai. Ha, dalam tren ini la yang nak cerita perkara menarik. Budak-budak DQ pelik sikit. Derang takut pakai jeans dalam DQ. Tapi sampai stesen tukar jeans. Mungkin 'image' huffaz tak sesuai kot. Bagi ana ok saja. Kita ada kuasa nak tukar persepsi. Biar kita kemudi bahtera perubahan minda. Tapi jangan pakai Levi's la. Boikot. Lagi satu, ada certain product ada kod. 502. Mesti biasa tengok pada jeans kan. Itu kod Illuminati. 5 refers to their five great symbols; Fire, Water, Air, Earth, and Illuminati's Diamond. 0 ana tak ingat pulak. Nanti bukak balik reference book tu. 2 for duality. They believe everything has its pairs. It is true I guess, unless for our God, Allah. The only One who possesses the 'singularity'. Only one. Seterusnya, ana nak cerita tentang fenomena yang selalu sangat terjadi pada banin-banin yang agak jelas keizzahan dia pada Islam dalam tren. Macam berkopiah. Atau baca Al-Quran dalam tren yang sardin. Satu perkara menarik yang biasa ana tengok terjadi pada orang lain, tapi ini terjadi pada ana semalam. Tapi, terus terang, bukan sebab izzah la, kopiah tak pakai. Hanya kemeja, seluar slack dan murajaah perlahan-lahan suara, serta buku Freemasonry yang baru tahun ini diterbitkan. Lawak juga, bila tengok ada seorang akak hot datang duduk sebelah kita. Time tu pening juga, banyak tempat kosong dia pergi pindah duduk sebelah kita. Tapi tak apa. Yang lawaknya, ana duduk biasa saja. Tak ada sampai nak elak-elak tak nak bagi bersentuh. Tak bersentuh lagi pun. Cuma bila train tu buat drift kena la bahu dan lengan akak tu. Tapi pelik, kita duduk biasa bila train corner baring, confirm tersentuh tapi akak tu pula yang masya Allah tak bersentuh dengan kita. Dia macam cuba jaga betul-betul agar tak tersentuh kita. Pelik. Macam bila kita nak betulkan tempat duduk, dia macam jarakkan diri dia. Ada macam hormat dalam diri dia. I am confirmed. Bukan jijik atau geli. Contohnya bila kita nak ambil HP dalam poket, easily we just look straight into their eyes and buat macam nak ambil barang dalam poket, automatically dia akan bagi space. Tapi, bila tengok balik, akak itu tak buat macam tu dekat orang lain. Dah lama ana kaji perkara ini. Dari awal masuk DQ. Kenapa boleh jadi perkara ini? Dan analisis ana cukup untuk mengatakan yang perkara itu bukan lahir dari perasaan jijik, tapi hormat. Kekerapan untuk pemerhatian ana dah banyak. Tempat meliputi rangkaian KTM. Bila ingat-ingat balik, jawapan ada dalam Quran dan Sirah.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ali-Imran, 26

Itu dari Quran. Ini yang kawan baik ana Asyraf selalu ingatkan bila mana di Karim kena kutuk. Tak apa, kutukan membawa kepada perubahan. Dari segi Sirah, kita dapat lihat bila mana 'Umar dalam perjalanan ke Baitul Maqdis untuk diberi kunci oleh ketua paderi di sana. 'Umar pergi bersama seorang penunjuk jalan. 'Umar menetapkan mereka perlu bergilir-gilir naik unta. Dulu tak ada bodyguard, sekarang ramai. Zaman dah berubah, tak ada masalah. Pakaian 'Umar bertampal-tampal. Muka penuh debu. Sebelum sampai, pahlawan-pahlawan di sana dah resah, sampai ada sahabat nabi minta 'Umar tukar baju. Kemudian 'Umar dengan tegasnya berkata "Kita dimuliakan kerana Islam oleh Allah. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka mereka akan mendapat kehinaan di akhirat." Masya Allah, such a philosophical statement. Indah betul. Sesampai di pintu Baitul Maqdis, giliran 'Umar tarik unta. Ketua paderi terus menyambut orang yang di atas unta, kerana ikut sangkaan haruslah khalifah umat Islam yang agung duduk di atas unta. Lalu budak itu berkata, "Bukan, bukan saya. Ini, di bawah! Saya hanya penunjuk jalan. Inilah Amirul Mu'minin". Melihat situasi tersebut, terus menangis ketua paderi. Beliau berkata "Aku pernah bermimpi. Bahawa aku akan menyerahkan kunci kota agung ini kepada seseorang yang hadir bersamanya tiga tanda. Iaitu pakaian bertampal-tampal, muka penuh debu pasir, serta beliau menarik unta. Anda lah yang dimaksudkannya". Umat Islam terus bertakbir kegembiraan. Indah betul.

Itulah yang ana faham. Bila kita amalkan Islam, Allah akan muliakan kita. Jangan risau. Kawan-kawan, pembaca-pembaca, kalau amalkan Islam itu biasa kalau kena fire. Tapi ingat, Allah akan muliakan kita. Tak ada jalan lain untuk cari kemuliaan dunia akhirat melainkan melalui Islam. Ana percaya hakikat ini.

Ok. Sambung, dalam KTM, tengah-tengah syok baca buku, pakai earphone tak sedar terlepas stesen pertukaran. Kita sedar bila train tutup, nampak banat dan banin lain dah turun. "Irsyad, kenapa tak bagitahu???". Bukan apa pun terlepas, cuma nak solat jumaat. Kesian, Irsyad first time. Dia tak tahu. Sorry. Reconstruct balik plan. Solat Masjid Negara. Sebelum kami turun, ada akak cun yang ana cerita tadi, dia cakap. Berikut conversation kami.

Akak : Ooooh, ayop, tak pergi solat jumaat eh?
Asif : (Senyum) Terlepas stesen la kak. Insya Allah, sempat solat depan sana.
Akak : Ohhh..OK.. tapi nanti korang tak dengar khutbah la kan? Ish, khutbah tu wajib. Rukun solat. Rugi la tak dengar, terlepas keberkatan tau. Hilang pahala.
Asif : (Senyum) Akak doa la kami sampai. Tak silap lagi satu stesen kan Masjid Negara?
Akak : Errm,, ye kot. Akak pun tak pasti. Dari mana ni?
Asif : Darul Quran.
Akak : Ohhh..ye. Okk. (She let a smile escapes her lips.)

Bila tengok balik, macam terkejut. Akak tu pakai agak seksi. Jeans, pink shirt amat ketat. Mekap tak tahu la ada ke tak. Tapi, ikut norma mesti ada. Dia cakap pasal khutbah, yang ramai orang Melayu lelaki tak tahu yang khutbah itu rukun. Tapi akak tu tahu! Masya Allah, dia ada ilmu, tinggal amal sahaja. Moga Allah beri dia kekuatan untuk dia amal ilmu dia. Amin. Lepas solat jumaat, tup tup sejam lepas itu ana jumpa Omar di Terminal Putra. Janji nak jumpa situ. Nak ambil barang lagipun. Naik LRT sama-sama. Rindu dia. Jumpa dia terus peluk, peluh pun peluh. Haha. Kawan. Cerita punya cerita, macam-macam tahu. Sekalung TAHNIAH buat Asyraf, Omar, Syazwan, Amin dan Amar Redhawi dapat masuk Quarter Final dalam tournament di UM. Keep up the good work. Terharu dengar, diorang mengalah dalam match sebab nak solat. Jarang jumpa gamers gini. Hebat. May God Bless you all. Sampai KLCC, cucuk duit. Jumpa Amin dan Abu. Pergh, masuk PC Fair. Hall untuk Online Games, memang kena pejam mata. Karakter Games, pakai pelik-pelik. Tapi, ana datang dengan tujuan. Lepas pusing punya pusing, beli MP3 Sony. Puas! Alhamdulillah. Dalam tu ya Allah, pening. Crowded betul. Jalan 5 langkah, satu flyer dapat. Heh.

Lepas itu solat, makan dan balik. Amin dan Omar datang lagi harini. Semalam mereka survey dan teman ana saja. Thanks guys. Sorry lambat sampai. Abu juga. Thanks theme naruto. Jangan lupa baca. HP Abu dah gempak dah sekarang. Kereta pun dah bawak. Syazwan tak boleh datang, parent tak bagi sebab takut kena H1N1. Ha, alang-alang cerita la pasal mesej Omar dan Syazwan semalam di LRT. Idea asal ana. Hehe.

Syazwan : Mar, ko tolong tengok model %^$*$ ni? Check harga sekali
Omar : Weh, aku dah jumpa ko punya laptop tu. Tapi, sorry,ko mmg xle beli.
Syazwan : Asal? Tolong la weh, brape K pun aku sanggup bayar,,,
Omar : Bukan, klo murah pun ko xle beli. Mak ko tak bagi punya..
Syazwan : Asal? tlg la...aku nk..
Omar : Sebab....sebab...komp tu dah kena virus H1N1!!!!

Habis ktrg gelak sakan dalam tren. Then kami berpisah. Thanks Omar, Amin and Abu. Jumpa lagi nanti. 15 minit kemudian, ayahku sampai. Ku cium tangannya, beliau cium pipiku. Rindu sama dia. It saja. Salam....

6 comments:

  1. salam.

    tak dapat nak jumpa ekau. pc fair kali ni better daripada awal tahun hari tu. mp3 dah genggam, tak lama lagi 'benda' lain pulak dicapai. haha :p

    ReplyDelete
  2. assalam.
    aku tahu, tak dapat jumpa, amin tak dpat bertugas di langkawi. hehe.
    better ke? huh. nggak tahu pulak.
    dapat 'benda' apa tu mirol? Ko nak kne hembus eh dgn aku? Aku da mengisi da. hati2. hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tersilap komen artikel,
    tak dpt nak pi pc fair,
    examination..

    ReplyDelete
  5. iya...tak apa...i've read ur entry.. dari nilai ke ipoh..hehe

    ReplyDelete
  6. erm...x pernah miss pcfair. melainkan dua tahun lepas. CUMA, tahun ini saya kecewa dengan kostum anime itu. 1 malaysia? oh man

    pengalaman di ktm,,dan sebegitu... adalah modal keyakinan diri.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Untuk perkongsian ilmu, teguran membina, dan pengerat ukhuwwah.